Thursday, January 17, 2013

Kenapa Mencari Penyakit?

waiz-retro
waizimedia Asslam. Orang tua2 bilang. Kalau buat baik biar berpada-pada.Buat jahat jgn sekali-kali.Ini fatua amalan orang dulu-dulu. Orang dulu bila mereka membuat kerja sawah,misalnya, secara bergotong royong atau berderau. Apa dia berderau?.Berderau adalah bahasa orang utara bila seseorang menolong atau membantu rakannya membuat suatu kerja selepas itu rakan itu pula membantunya membuat kerja yang dia perlukan pembantu sebagai balasan.

Sekarang bahasa gotong royong atau berderau sudah tidak masak lagi. Dah basipun. Sudah dibakulsampah. Jika bercakap pun orang akan ketawa.lekeh. Tidah relevan kata mereka orang sekarang.Sudah kolot.

Apa yang ada orang sekarang amalkan ialah kaedah apa yang dikatakan "deman". Apa2 kerja nak dimintak tolong akan adalah demannya (berapa saya dapat bang?). Nak emploi orang gaji? Akan adalah berapa. deman.Bukan sahaja kerajaan dengan kerajaan malah orgtghpun akan tumpang sbayak2 kaki yang boleh. Itulah yang buat deman sudah menjadi  "demam".

Kenapa kita mencari penyakit?. Yang tak mampu nak emploi amah, jadilah amah sendiri. Maksud saya jadi ibu sepenuh masa. Lagipun sebanyak manalah sangat gaji seorang isteri yang berkelulusan SPM atau STP. Kenapa kita masih nak jerat diri menjadikan keluarga yang bermasaalah?

Kerajaanpun patut fikir supaya adakan peraturan setiap pejabat di-wajibkan tubuh sebuah atau lebih tabika (Taman bimbingan Kanak-kanak) yang diselaraskan dengan KEMAS ATAU JAB.PERPADUAN. Saya banyak kali dengan rancangan dan cadangan ini tetapi mati begitu sahaja dek keghairahan menteri nak undang amah2 luar negara yang belum tentu memberi kebaikannya. Fikirlah habis2an wahai menteri.

Kerajaan juga boleh mengujudkan sistem pejabat dirumah. Bagi pekerja-pekerja yang diiktiraf mahir komputer dan pekerjaan yang boleh dipercayaai supaya diboloehkan membuat kerja-kerja dirumah dan hantar melalui e-mail kepada ketuanya dipejabat. Sistem ini patut diamalkan segera kerana rata-rata rakyat Malaysia sudah mahir komputer.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..