Friday, December 2, 2011

Kritik di sebalik jenaka

waiz-retro
waizimedia  Dewan Merdeka PWTC bagai nak runtuh dengan gelak ketawa perwakilan Persidangan UMNO hari ini. Ada yang memberi hujah-hujah yang lucu membuatkan para hadirin tidak kering gusi. Ada pula yang membuat jenaka kering. Pengerusi tetap memang pakar kalau fasal bikin jenaka, tetapi tak sepatutnya mengambil masa terlalu lama menterjemahkan cerita kering saperti itu.

2.   Kita masih teruja mengikuti gelagat pembahas-pembahas ala 70an,80an dan 90an. Penuh dengan senda gurau dan kiasan yang amat tajam maknanya. Siapa yang terkena dengan sindiran mereka ini akan terasa tusuknya terlalu tajam hingga ke tulang hitam. Inilah cara orang-orang UMNO dahulu hingga sekarang bila berbahas penuh dengan maksud mengkritik. Namun, betapa tajam dan pedih sindiran itu, adakah ia menjadi kudis kepada siapa yang mereka kritik?. Inilah persoalannya. Bimbang-bimbang, habis bersidang habislah hilang bagai debu ditiup angin.

3.   Macamlah yang sudah-sudah. Habis bersidang, masing-masing membawa cerita masing-masinglah. Yang suka mengipas akan terus menerus mengipas kalau-kalau pemimpin boleh nampak mereka sebagai 'calon boleh menang'. Yang siok sendiri sudah berlagak sebagai calon boleh menang akan terus mengarah itu ini orang-orang UMNO di peringkat akar umbi dengan berbekalkan air liur, sedang peruntukan lumayan yang mereka tageh daripada ibu pejabat UMNO mereka upah tukang-tukang taip atau komputer operater.

4.   Apapun, kita tak dapat melihat gelagat orang-orang muda, kecuali puteri. Dengan itu sukar untuk menilai sejauh mana kesediaan gulungan muda berdepan dengan gulungan veteran untuk menapak dilandasan yang betul untuk pengganti sebagai  pemimpin. Selain daripada itu apakah gulungan muda boleh terima celotih ala orang orang veteran sedangkan mereka ini terdedah kepada cara dunia baru untuk menghadapi serangan demi serang dalam dunia cyber. Entahlah, sama-sama kita lihat.

2 comments:

  1. Pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO menampakkan keunggulan gulungan mudah melahirkan belang mereka dengan gaya berpidatu yang mantap dan meluahkan isi hati dengen memberi fakta-fakta yang konkrit. Pendek kata mereka tidak ketinggalan dalam berhujah dan menarik perhatian para perwakilan serta kepimpinan UMNO. Syabas orang muda!!

    ReplyDelete
  2. Persidangan Agung UMNO telah tamat. Semangat perjuangan bangsa melayu terus menjadi egenda utama dalam masa yang sama semangat memperkasakan orang-orang UMNO untuk menghadapi PRU13 terus berkumandang bukan sahaja dalam Dewan Merdeka mala seluruh negara melayu TV,Radio,Internet dan mulut ke mulut. Syabas UMNO.

    ReplyDelete

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..