Tuesday, November 10, 2009

Banjir.Mangsa.Dan Pengurusannya.

waiz-retro

waizimedia
Banjir berlaku secara mendadak di Treangganu,Kelantan,Kedah dan Perlis. Keadaan di Treangganu sudah pulih, tetapi Kelantan masih bertarung dengan kenaikan air yang secara spontan.

Di Perlis keadaan mula reda tetapi dengan keadaan yang tidak menentu di selatan Thailand membuatkan orang Perlis tidak boleh berasa selamat lagi.

Banjir di Perlis ada sinonimnya. Memang Negeri Perlis terdedah kepada banjir sejak dahulu lagi sebelum dibena empangan Timah Tasuh. Empangan ini merupakan empangan tambatan banjir lebih dari simpanan air untuk pertanian dan minuman. Tetapi ia bergantung kepada pengurusan yang professional untuk menyelamatkan kejadian banjir itu.

Jika tidak,air takungan dalam empangan ini sebaliknya menambah derita kejadian banjir bila keadaan air empangan menjadi tepu dan terpaksa disalirkan keluar dalam keadaan banjir sedang berlaku. Bayangkan akibatnya. Ini telah bertlaku pada banjir yang lepas.

Selain itu, cadangan kerajaan negeri Perlis pada tahun 1980an lagi utk membena 2 empangan tambatan banjir, iaitu di Timah Tasuh dan satu lagi di Chuping. Oleh kerana kemampuan kerajaan pusat ketika itu terbatas untuk membena dua empangan sekali gus, pertimbangan telah diberi hanya Empangan Timah Tasuh dahulu kemudian barulah Empangan Chuping.

Nampaknya Empangan Chuping tidak menjadi kenyataan lagi hingga sekarang, dan rakyat Perlis kenalah terima akibatnya. Tidaklah diketahui dimana tirisnya makanya projek ini belum nejadi kenyataan lagi. Kerajaan negeri Perlis kenalah peka hal ini kerana ia tertangguh sangat lama.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..