waizimedia Setiap kali menjelang hari hari perayaan, adalah ceritanya mengenai hilang itu ini di kedai-kedai runcit dan pasar raya.
Baru baru ini kesah kekurangan gula di seluruh negara. Paling terasa ganjil negara yang mula mengalami situasi ini ialah negeri Perlis sebuah negeri pengeluar gula terbesar di Malaysia.
Demikian halnya setiap kali menjelang hari hari perayaan. Tidak lama lagi umat islam akan merayakan hari raya idilfitri dan sebelumnya akan mengamalkan sebulan puasa Ramadhan. Yang pasti barang keperluan berbuka puasa akan menjadi sasaran pehak peniaga untuk mengaut keuntungan melalui teknik kotor dengan menyorok barang barasng itu dengan tujuan menaikan harga.
Lebih malang, barangan yang disebut sebagai hilang itu terdapat berlambak lambak di negara jiran,Thailand. Penjelasan seorang penguatkuasa penyeludupan Perlis barangan saperti gula sbelum ini boleh dibeli oleh pengunjung dari Thailand dalam kadar sekilo dua sahaja. Katanya lagi,bayangkan beribu-ribu pengunjung thai ke kawasan negara di sempadan maknanya beribu-ribu kg lah gula yang mengalir keluar setiap hari semata mata atas dasar perikemanusiaan org malaysia terhadap negara jiran.
Kerajaan patut menyimak semula dasar penyeludupan dan pemantauan supaya ia lebih berkesan lebih lebih menjelang hari perayaan. Bayangkan harga murah dinegara kita adalah topup sabsidi. Secara tak lansung kita sabsidaiskan org luar. Juga kerajaan menkaji semula dasar borongan supaya ia lebih kompitatif, tidak menjadi monopoli saperti sekarang.
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..