Setiap hari,sekarang, ada sahaja berita mengenai pembunuhan,pecah rumah,peragut hingga mangsa membawa maut, penculikan, ada yg juga hingga membawa maut,perbuatan sumbang,rogol dan seumpamanya.
Ada diantaranya ia terjadi,saperti ragut atau perbuatan sumbang didepan orang ramai, tetapi tiada yg berani menolong. Soalnya adakah org ramai takut atau tidak mengambil peduli.Ini menjadi tanda tanya.Namun,itulah yg terjadi. Ada pula yg memberi bantuan dgn membelasah penjenayah hingga mati. Inipun menjadi masaalah pula.
Semalam terjadi rompakan sebuah rumah pada siang hari tanpa disedari oleh jiran jiran hingga mangsa menelipon suaminya yg sedang dlm perrjalanan hendak pergi kerja.Bila ia berpatah balik terserampak dgn perompak terus bergelut dan menangkap perompak tersebut. Malangnya isteri,anak dan pembantu rumah terkorban dibunuh oleh perompak.
Kejadian menggerunkan ini melambangkan selamatkah Malaysia sekarang ini dari kejadian rompakan,perogolan,penculikan dan sebaginya menjadi-jadi setiap hari.Pihak berkuasa hendaklah berusha lebih untuk melindungi perkara ini dgn mengadakan program2yang membina.
Kerajaan jangan lagi menganggap perkara ini sebagai perkara biasa tetapi hendaklah memberi perhatian mendalam dengan menubuhkan pesukan penggera di taman taman perumhan dan bangunan flat atau kondo dgn ada pusat menerima penggera ditempat tempat strategi. Dgn demikian bantuan segera diberi apabila ada panggilan kecemasan.
Ambil iktibar kaedah dahulu kala membanteras penyamun dan perompak dengan setiap rumah mengadakan "kakkong" (diperbuat dari buluh yg dikerat antara ruas dgn ruas dan ditebuk lubang ditengah keratan buluh..bila digantung dan diketuk bunyinya mejalar amat jauh..).Cara ini dapat memberi maklumat segera kpd semua jiran utk turun membantu.
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..