Tuesday, April 14, 2009

Reunion

waiZ

Waktunya jam 9.00 malam.Tarikh 11.04.2009.Hari Sabtu.Terjadi satu kejutan terhadap saya dimana pertemuan semula kawan rakan lama seperjuangan semasa berkhidmat di Hospital Kangar,Negeri Perlis suatu ketika dahulu.

Pertemuan semula kawan rakan sekerja itu amat menyentuh sanubari setiap antara kami kerana melihat kepada perubahan diri masing-masing setelah perpisah begitu lama dan hampir kesemua sudahpun bersara, atau menjadi pengusaha hospital swasta,klinik,atau berkhidmat ke dalam jawatan profesional lain saperti peguam dan ramai antaranya memegang jawatan tinggi dalam bidang yang mereka ceburi selepas berkhidmat di hospital dulu.

Apabila pertemuan semacam ini berlaku tentulah cerita cerita lama timbul semula. Adalah yang membawa kegembiraan, dan tak kurang juga yang menimbulkan kesedihan kerana ramai antara kami telahpun pergi lebih dahulu menemui ajal.

Kepada yang berusha menganjur majlis penyatuan semula kawan rakan dari Hospital Kangar ini antaranya En Khairuddin Ismail, En Ahmad bin Abdullah,Tuan Syed Omar dan lain lain yang tak dapat saya senaraikan di sini patut diberi pujian kerana penat lelah mereka untuk mengesan setiap individu yang anataranya sudah berhijrah ke Sabah dan Sarawak turut dapat dikesan dan mendapat respon turut hadzir dalam majlis ini.

Semuga pertemuan saperti ini mendapat rahmat dari Allah S.N.W. dan pihak penganjur hendaklah meneruskan ditahun tahun akan datang, InsyaAllah.

Salam kepada semua dari saya.

0 comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..