Saturday, March 14, 2009

PPSMI

waiZ

Salam Tun.Utk komen hujah Tun saya sarankan saperti di bawah:

Betullah hujah Tun Dr M itu. Bahasa untuk perkembangan ilmu tidak terhad dan tidak pula terbatas utk bahasa ibunda sahaja. Rajin kita terokai banyak bahasa banyaklah pulak ilmu baru yang kita perolehi.

Apapun saya hormati perjuangan PPSMI yang cuba memurtabatkan semula bahasa melayu yang nampak semacam kearah kepupusan murtabatnya.

Lihat sahaja dalam media letronik sekarang. Bila ada orang bercakap dalamnya bahasa yang digunakan dah menjadi rojak campur. Nak kata berbahasa Melayu,Inggerispun disulam masuk. Nak kata berbahasa Inggeris,melayupun disogok masuk sama. Dahlah jadi rojak campur mi siam.

Yang paling meloyakan kebanyakkan orang melayu yang bercakap bahasa inggeris, dan yang bukan melayu, dulunya patuh berbahasa melayu,pun terikut ikut berbahasa inggeris sekarang.

Kalau Tv adakakan temubual dijalanan, orang,khusus anak anak muda,lebih lebih mereka yang bukan melayu tak segan silu terus jer bercakap Inggeris.

Dulu, orang orang politik keturunan bukan melayu besar hati mendedahkan kebolehan bahasa melayunya amat tinggi tarafnya. Sekarang orang itu sendiri sudah tak nak berbahasa melayu. Sebab, sedar tak sedar bahasa melayu dah turun kpd low standard.

Ini semua kerja orang politik yang nak tunjuk pandai nak jadi pakar bahasa mengikut seleranya, akhirnya jadi cacamarba. biarlah orang politik buatlah kerja politik elok elok supaya rakyat boleh bergantung hidup, dan orang pakar bahasa buat kerja bidang mereka.Tidaklah menjadi kelamkabut macam sekarang.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..