Monday, February 23, 2009
Sebodoh itukah kita orang Melayu?
Dalam masa negara mengalami kegawatan ekonomi dek tempias kegawatan ekonomi global. Dalam negara terus menerus kegawatan percakaran politik kepimpinan melayu sesama melayu. Asyik nak merebut kuasa, pakai redah sahaja kesusilaan dan kesopanan kepada kedaulatan raja raja. Pakai bantai sahaja melayu nak selamat ke nak mampus ke asal pihaknya boleh memerintah.
Rakyat yg terpengaruh gila, semasa mengundi, dgn janji manis orang melayu yang membuta tuli nak jadi pemerintah itu serta percaya cakap cakap keburukan orang orang melayu dalam umno (memangpun buruk) yang memerintah, makanya jadilah mereka (orang melayu desperado)itu pemerintah sebuah negeri(Perak),walaupun sebagai defacto parti DAP kerana undang undang tubuh negeri itu tiada peruntukan undang undang kepada bukan islam menjadi MB. Lihatlah apa hasilnya kepada rakyat?
Tetapi sebaliknya orang melayu ini menjadi kembang segalanya, kembang sana sini,atas bawah, hingga lupa dia (melayu desperado) ini sedikit demi sedikit dipoketkan benak pemikirannya oleh DAP. Makanya nak di gadaikan tanah kepunyaan melayu bagi kepada penduduk kampung baru (suku sakat warisan orang yang dilabel sebagai pengganas oleh penjajah inggeris semasa pemerintahannya dulu kerana orang orang ini nak merampas malaya ketika itu).
Fikirlah sikit pengundi pengundi melayu. Janganlah selamanya jadi bengap ditengah kedewasan. Janganlah jadi otak kaku dan beku ditengah tengah kegeligaan intelek siswazah sanggup bertempik di jalanan. Lihatlah akibatnya, negara tergadai dan terlepas dari ketuanan melayu.
Ini negara melayu dan raja raja melambangkan ketuanan melayu. Janganlah ada melayu yang bankrap politik mahu gadai hak ini semata semata mau jadi pemerintah,makanya kita terus tidak berfikir lagi terus beri sokongan. Sebodoh itukah kita orang melayu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..