
Regim Zionis yang memerintah Israil sudah lebih seminggu mengganas di Gaza,(Palestine) Bermula dengan pengeboman dari jet pejuang yang canggih membunuh hampir seribu pejuang Hamas dan orang orang yang tidak berdosa termasuk kanak kanak dan orang orang perempuan.
Kegilaan Zionis ini bertambah parah dengan bermulanya serangan darat semalam. Beratus ratus kereta kebal dengan meriam berkuasa besar melepaskan tembakan rambang yang meranapkan beratus ratus buah rumah rumah tempat kediaman orang orang Palestine yang tidak berdosa. Yang menjadi mangsa saperti masjid, hospital dan tempat tempat awam lain yang sudah menjadi tidak selamat lagi.
Pejuang Palestine terdiri dari anggota Hamas terpaksa bertahan dengan semangat yang kental dan berbekalkan senjata yang ala kadar. Tetapi perjuangan orang orang Palentine bukan calang calang orang boleh menyukat kuat atau lemahnya mereka. Orang Palestine telah berjuang sejak beribu tahun sebelum ini.
Sejarah perjuangan mereka bagaikan tiada noktah penamat. Perjuangan Palestine adalah juangan barat dengan timur. Atau Perjuangan Agama samawi Islam dengan bukan Islam dibarat. Perjuangan yang amat lama, silih berganti menempah kejayaan. Israil mendapat restu dan sokongan serta bantuan kebendaan dan senjata yang tidak terhad dari Amerika dan sekutunya dari Eropah.
Malangnya Palestine tidak ada negara yang kuat dari segi persenjataan yang sanggup membantunya. Malah negara negara Arab disekitarnyapun sekadar bersimpati sahaja tetapi tidak berani menyatakan sokongan terbuka kepada Palestine kerana takut. Takut kena serang, takut menjadi Iraq kedua, takut kerana sifat takut orang kaya yang berkepetingan diri lebih dari kepentingan jiran. Mereka seolah lupakan ajaran Islam. Mereka seolah sudah kalah sebelum dikalahkan.
Negara Islam lain, selain negara arab berjiran, lebih membuka mata dan lebih kental semangat juang. Mereka lebih lantang bercakap mengutuk Israil sedang negara Arab membisu dalam kelambu. Bagai cerita seribu satu malam dimana raja raja asyik melingkar dalam istana bersama dayang dayang, gondek gondek dan beratus ratus isteri, sayang rasmi dan tidak rasmi, serta hamba abdi. Semuanya menyumbang mereka leka dan lalai dalam hidup hingga lupa akan kuajipan sebenar mereka kepada hamba rakyat.
Mmng kegilaan zionis menjadi jadi. Resolusi PBB pun tak diendahkannya.
ReplyDeleteMmng jenis sepesis tak berhati perut