Friday, January 16, 2009

Isu Kampung Baru

waiZ

Sikap dan polisi Penjajah Inggeris laknatullah memang banyak meninggalkan kerosakan kepada Malaysia, ketika itu Malaya. Anataranya:

+Sebelum merdeka lagi penjajah Inggeris melayan dan menatang orang pendatang ini bagaikan raja, supaya gulungan pendatang boleh menjadi benting melindungi kegagahan penjajahan Inggeris, sebab gulungan pendatang ini ada yang kaya raya dan kuat pengaruhnya*. Dalam masa yang sama penjajah menindas bumiputra agar tidak berdaya menuntut hak, maka jadilah bumiputra bagaikan buih-buih yang hanyut dimuara, tidak terdaya membuat apa apa.

+Bila Jepun menakluki Malaya, gulungan pendatang ini sanggup menjadi pejuang kominis menetang jepun secara gorila dalam hutan bekerjasama dengan komintang yang pro Amerika, atau ada antara gulungan mereka yang bekerjasama dengan Kominis China yang anti Amerika. Namun demi untuk memerangi Jepun musuh yang sama mereka sanggup ketepikan sementara dasar perjuangan sebenar mereka.

+Bila Jepun menyerah kalah,Inggeris belumpun sempat mendarat di bumi Malaya ketika itu, gulungan kominis ini keluar hutan dan mengistiharkan mereka sebagai pemerintah Malaya. Pemerintahan ini bertahan selama 14 hari sahaja sebab kembalinya penjajahan British. Keadaan ini membuatkan kominis tidak puashati dan memberontak menentang Britih.Penjajahpun mengisytiharkan darurat.

Dalam masa yang sama kebangkitan Melayu secara individu atau secara kelompok ala kekampungan membangkitan semangat juang menentang kominis. Berlakulah di sana sini pertumpahan darah antara orang kampung dengan Kominis. Sejarah mulanya kebangkitan semangat melayu bermula disini dan terus menerus hinggalah mencapai kemerdekaan, iaitu perkara yang amat dibimbangi penjajah sejak dulu lagi.

+Memang benarlah apa yang dibimbangi penjajah itu berlaku, kerana orang Melayu Menentang Malayan Union yang digagaskan oleh penjajahan Inggeris, tujuannya untuk melindungi kaum pendatang terus bermaharaja rela dan meletakan kaum bumiputra sama rata dengan pendatang dan meruntuhkan kedaulatan raja raja Melayu ke lembah yang hina. Kebangkitan Melayu mendapat restu raja raja, maka ujutlah kesatuan melayu,dan Malayan Union ditentang habis habisan.

+Ada pun "kampung Baru" yang diujudkan oleh penjajahan Inggeris itu ialah "Penempatan sementara gulungan penjuang kominis atau kuncu kuncu mereka" masa darurat. Kononnya, supaya pemerintah Inggeris boleh memantau pergerakan mereka. Tetapi kemudahan yang diberikan kepada kampung kampung baru itu bagaikan anak emas,cukup dengan letrik,air,jalan tar, rumah dan makanan. Yang mana bantuan itu tidakpun poernah didapati atau dirasai oleh bumiputra dikampung kampung ketika itu.

+Apakah ini sebagai bonus atas penentangan mereka terhadap Jepun semasa Inggeris lari dari Malaya dulu? Maka Inggeris rampaslah hak Melayu untuk dijadikan tempat tinggal sementara kepada gulungan ini? Bukankah lojiknya jika perkampungan baharu itu dibubarkan selepas darurat? Mereka dibebaskan dan tinggalkan tempat (perkampungan) itu dikembalikan kepada kerajaan. Sama samalah kita renung!

Sorotan titah DYTM Raja Muda Perak..

‘Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu’

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.

Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..