Friday, December 19, 2008

Gerak Ekonomi Terbalik..

Pertumbuhan ekonomi Malaysia suku ketiga tahun ini menunjukan ketahanan malaysia dalam gelombang kemerosotan ekonomi dunia sekarang. Tiga unjuran utama yang menyelamatkan malaysia ialah "Pelancongan"; "Perbankan Islam"; dan "Pertanian".

Antara tiga unjuran tersebut pertanian adalah produk yang telah lama bertapak di negara ini tetapi tidak pernah menampakkan keutuhannya sebelum ini. Ini kerana dasar yang tidak betul pentadbiran yang lepas. apabila dasar sara diri tidak dilakukan tetapi lebih kepada mengimpot bahan makanan kononnya kos impot lebih murah dari menydiakan pertanian sara diri.

Dengan sebab itu pehak berkuasa menumpukan kepada unjuran pembuatan dengan melonggarkan syarat syarat pelaburan dan mendirikan sebanyak munkin kilang kilang dan sebagainya untuk membuka peluang pekerjaan.

Dalam masa yang sama kita seolah olah menjeratkan pertumbuhan ekonomi dari luar bandar kerana yang memenuhi kilang kilang dibandar itu adalah tenaga pekerja luar bandar yang sepaputnya mengeluarkan hasil makanan dari tanah tanah terbiar.

Dengan kadar pendapatan yang agak lumayan pekerja pekerja ini memerlukan makanan yang sepatutnya merekalah yang keluarkan produk itu tetapi sebaliknya terpaksa mebelinya dengan harga yang mahal.Hasilnya lihatlah apa yang berlaku sekarang kenaikan harga barang yang mendadak yang tidak pernah turun harganya.

Lojiknya kerajaan sepatutnya dahulukan pembangunan desa untuk membanyakan pengeluaran makanan hasil dari pertanian yang canggih dan professional, dan hasil perikanan yang mendominasikan laut antara bangsa yang kaya dengan hasil ikan.

Selepas produk produk desa dapat menyara diri rakyat Malaysia baharulah dilihat pula pembangunan bandar untuk membuka ruang pekerjaan kepada mereka selain yang berjaya dalam pertanian. Tetapi gerak ekonomi malaysia nampak terbalik. Kayakan penduduk kota dengan pelbagai kemudahan dan kekayaan hingga kerajaan terpaksa mengimpot barangan makanan dengan kadar yang tidak masuk akal jika dibandingkan dengan luasnya tanah tertbiar di negara ini.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..