Setiap hari terpampang dalam dada akhbar atau layar tv cerita tentang kematian. Sama ada kemalangan jalan raya. Terbunuh akibat kejadian samun, rompakan atau pecah rumah. Sama ada mangsa samun yang terbunuh atau penyamun atau prompak itu sendiri dibunuh oleh pehak Polis. Semuanya adalah cerita kematian bagai sudah tidak selamat dalam negera ini.
Tetapi cerita yang saya nak kongsikan ialah mengenai betapa celuparnya kaum kaum bukan melayu yang kononnya bergelar rakyat malaysia,* lantang bersuara dan mendabik dada kononnya mereka tidak akan akui ketuanan melayu di negara malaysia ini.
Dulu saya ada terdengar suara suara sumbang ini datangnya dari orang parti pembangkang yang seolah mendapat ilham dari singapura yang berjaya nyahkan ketuanan melayu di sana.Tetapi yang peliknya cakap cakap celupar ini sekarang disuarakan oleh rakan rakan yang dipercayai oleh umno untuk mendirikan kerajaan.
Orang kampung sudah macam telan bara api betapa berangnya dengan kenyataan kenyataan yang mecabar itu. Yang peliknya kepimpinan melayu macam senyum kambing jer..tak ada tindak balas apa apa. Nak larang ke.. nak tegur ke..tak ada. Yang ada beri respon kepimpinan melayu diperingkat pertengahan. Munkin tak berapa berkesan. Saya pasti suara jahanam itu akan berulang lagi sebelum Mac 2009.
Hishamudin bilang kalau orang ini sudah nak lebih pembangkang dari pembangkang jadilah betul betul pembangkang. Shafie Afdan sarankan "Janganlah pehak pehak tertentu ini mengeluarkan kata kata yang mengundang pehak yang kena serang itu ada ruang untuk membalas balik,ini amat merbahaya. Syed Hamid tidak menganggap perkara ini jenaka.
Yang ironic nya ketua pembangkang pulak cakap dia mahu pertahankan hak raja raja, ketuanan melayu dimalaysia jika dia menjadi kerajaan. Ini yang bikin kepala saya naik bingung! Macam mana dengan pendapat DAP, dan pendapat ahli ahli bukan melayu dalam parti PKR sendiri?
Munkin mereka diam sementara untuk mendapat menjadi kerajaan, sapertimana MCA,Gerakan MIC diam ketika itu kerana mereka mendapat habuan menjadi kerajaan. Yang pastinya orang orang bukan melayu dalam Pakatan pun akan memberuntak terhadap hak ketuanan melayu bila kerajaan mereka runtuh dan mereka akan menyalahkan ketua pembangkang, sapertilah apa yang berlaku kepada MCA,Gerakan dan MIC yang kalah dalam pru12 yang lepas dan menyalahkan umno.
*Tanya diri siapa awak? Ok, rakyat malaysialah. Tanya lagi siapa ibu bapa awak? Ok rakyat malaysia juga. Teruskan bertanya siapa nenek monyang dan keturunan awak?Rakyat negeri mana? Malaysia?,China?,India?.
Ibu paba saya rakyat malaysia. Raja raja melayu raja raja saya.
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..