Monday, November 10, 2008

Cerita lawak berlaku semalam. Pergaduhan dalam mesyuarat perwakilan Bahagian UMNO Seremban. Sebahgian mengganggap kejadian tergempar.Tetapi sebenarnya perkara saperti ini mmng lumrah berlaku sebelum ini, sekadar media tidak berani mendedahkan ketika itu. Berbeda dengan suasana keberanian media waktu ini.

Kenapa jadi demikian? Memang mudah untuk mencari jawapannya atau sebab musababnya. Itulah "Ada yang tak kena..". Munkin benar benar melanggar perlembagaan atau peraturan mesyuarat.Atau, munkin ada permainan kong kalikong melandaskan perlembagaan untuk menghukum. Segalanya boleh berlaku.

Saya nak andaikan cerita satu kejadian yang pernah berlaku beberapa tahun yang lalu yang masih kukuh dalam ingatan saya. Ceritanya mengenai seorang kawan saya yang telah dicalonkan sebagai seorang pemimpin dalam cawangannya tetapi telah dibatalkan atas alasan tidak membayar yuran tahunan.

Rakan saya itu tidak puas hati kerana dia sebenarnya telah menjelaskan yurannya sebelum mesyuarat lagi, tetapi kenapa caw. tidak membayarnya ke Bahagian dalam tempuh yg ditentukan, itu yang menjadi tanda tanya. Akhirnya dia terlepas dari bertanding utk memegang jawatan yang ditindinginya itu. Malah penyandang lama masih kekal memegang jawatan itu.

mmmmm!!!. Itulah adanya.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..