Saturday, November 22, 2008
Kanak-kanak Bergembira
Video di atas mempamirkan kanak-kanak mandi dalam kolam. Kanak-kanak tidak mengerti pahit getir. Mereka mahu gembira. Mahu kesenangan dan serba ada. Mahu pakaian indah dan kemas. Mahu menaikki kenderaan yang dimilikki ayah ibu mereka sendiri. Mahu mendiami rumah besar milik ibu bapa mereka sendiri. Mereka mahu segalanya, dan tidak mengerti sakit pedih ibu bapa.
Ibu bapa mempunyai tanggung jawab untuk mengajar kanak kanak supaya mengerti jerit pedih ibu bapa untuk mencari rezeki. Untuk memberi makan pakai dan kemudahan kemudahan lain saperti tempat tinggal yang selesa dan menikmati keindahan halaman (lanscape) rumah.
Dalam masa yang sama ibu bapa tidak terlampau memberi kemanjaan yang bukan pada tempatnya. Atau memberi kebibasan yang keterlaluan. Apa yang dimaksud dengan kebebasan ialah dalam aspek pergaulan. Baik yang bukan muhrim atau yang muhrim antara lelaki dengan perempuan. Ini mengelak gejala sosial yang akhirnya tidak dapat dibendung.
Memberi hadiah untuk sesuatu upacarapun pasti ada caranya, dan jenis jenis hadiah yang sesuai. Hadiah motosikal pada kanak kanak dalam lengkungan tingkatan satu amat tidak relevan. Jika berlaku juga maka inilah punca awal kejadian merempit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..