
Sudah seminggu saya tak masuk kedai..oppz! maksud saya tak masuk laman blog ini daaa..!!Hari ini terpanggil nak tulis sikit.
Soalnya ialah kesah cerita pertandingan Datu Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Tan Sri Rafidah Aziz. Nampak macam cerita panas, tetapi pada saya ia cerita yang sudah diagak akan berlaku. Kerana kedua dua nya ada logiknya untuk berbuat demikian.
Shahrizat terperangkap dengan pengumuman "Datuk Kamilia" untuk bertanding memenuhi tempatnya (Naib Ketua) sedang dia tidak mempertahankan jawatannya itu demi sudah membuat mengakuan untuk mengosongkan tempat itu bagi tujuan peralihan kuasa pada Jun 2009 antaranya dengan Rafidah. Jika takdirnya peralihan tidak berlaku, sedang tempatnya sudah dipenuhi oleh Kamilia, maka terkapai-kapailah Shahrizat berputih mata.
Rafidah pulak, munkin tidak menyangka dia mendapat pencalonan begitu kuat dari akar umbi 117 pencalonan berbanding Shahrizat 73 pencalonan, pada hematnya tidaklah patut beliau menghampakan hasrat ahli ahli akar umbi yang memberi isyarat berkehendakkan beliau menerajui lagi Wanita UMNO. Jadi keputusan beliau bertanding selepas Shahrizat mengumumkan untuk bertanding jawatan tertinggi wanita UMNO itu adalah telah diduga.
Dimana salah silapnya maka terjadinya demikian rupa suasana kelamkabut. Puncsnya mudah di analisa, ia itu jika Rafidah mengambil ketetapan membuat peralihan kuasa pada Mac 2009 (pada Perhimpunan Agung UMNO kelak), segalanya akan selesai.
Bertandinglah secara bijaksana selaku orang politik yang sudah matang bukan sebagai politik kampung yang penuh dengan tandatanya.
Selamat bertanding.
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..