Friday, November 14, 2008

Perkauman sudah menjadi lumrah sekarang

Nampaknya keadaan telah menjadi lumrah. Seseorang boleh dengan lantang mempertikaikan hak kaum lain. Ia berlaku sama ada dalam dewan undangan negeri, dalam parlimen atau dalam media bercetak atau median dalam talian.

Semalam seorang ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang mencetuskan tudunhan kononnya pehak tertentu sanggup mengoyakkan borang permohonan jawatan kosong dari permohonan anak kaum lain yang bukan dari kaum melayu.Beliau menyalahkan UMNO,pastinya kaum melayu.

Tuduhan ini dibuat oleh seorang bekas pensyarah sebuah universiti jelas betapa dangkalnya benak pemikiran seseorang bila status bertukar menjadi ahli politik. Ia menjadi sombong, lantang melalak bersuara dengan bahasa kesat, lebih_lebih dalam dewan yang dianggap mulia,tetapi dinodai oleh manusia saperti ini yang sudah naik tocang.Atau bagai cacing naik ke mata.Inilah akibatnya bila sikudung disaruk cincin,naik perasan tak keruan.

Tetapi apa nak dikatakan, kononnya pengundi muda nak buat perubahan.Gulungan pengundi muda melayu memilih parti PKR dan PAS. Hasilnya DAP mengambil kesempatan dalam Kerajaan pakatan dan menghentam org melayu,orang sebangsa pengundi muda melayu itu sendiri. Dimana nak letak muka yang sudah dicalar oleh wakil yang awak sendiri pilih?.

Tuduhan yang tidak boleh diterima akal dan amat meloyakan siapa yang mendengarnya. Ia melambangkan betapa rendahkan sikap sebahagian ahli politik di Malaysia hari ini. Kenapa tuduhan demikian boleh ditunjulkan oleh seorang bekas pensyarah? Adakah pengalaman mengatasi alasan? Kerana beliau sendiri ada ruang untuk berbuat demikian semasa beliau menjadi pensyarah. Sekurangnya menolak markah kertas pepereksaan anak bangsa yang bukan keturunannya.

Wahai manusia, jangan terlalu sedap dan sombong nak menuduh dan menuding telunjuk kepada orang lain. Kerana cuma satu jari yang ditunjuk ke arah onjek, tetapi tiga jari yang lain beralih tunjuk kepada dirimu sendiri.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..