Saturday, November 8, 2008

Mengambil Iktibar (3)

Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum amat perlu menjaga sensitiviti setiap kaum. Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil iktibar atas kemenangan Barrack Obama bakal menjadi Presiden Amerika sebagai petunjuk bahwa Malaysia akan mengalami perubahan kearah saperti itu. Malah jika pun akan berlaku ia akan mengambil masa yang agak lama, munkin beratus tahun dari sekarang.

Barrack Obama bukan anak jati Amerika, tetapi dia telah merubahkan dirinya terlebih dahulu menjadi lebih amerika dari Amerikan. Dia dan keluarganya bertutur bahasa Inggeris amerika sama ada dirumah atau dimana mana sahaja, dan tidak mengerti bahsa ibundanya sendiri. Dia dan keluarga beragama kristian. Dia menyintai negara amerika lebih dari negara nenek monyang sendiri.

Jadi. Saya nak tanya siapa diantara rakyat Malaysia yang bukan anak jati yang sanggup berubah diri menjadikan dirinya truely malysian dengan berbahasa melayu dimana mana sahaja sama ada dengan keluarganya atau dengan sesiapa sahaja. Mengambil adat resam melayu menjadi adat resam keluarganya,saperti baba nyonya, dan tinggal terus adat resam lamanya.

Siapa diantara mereka sanggup menganut agama islam dan menjadi islam sejati (bukan islam tempelan..) dan tinggalkan terus agama nenek moyang mereka. Siapa diantara mereka yang sanggup berubah menjadikan Istana dan Raja Raja Melayu sebagai raja yang berdaulat kepada mereka tanpa pertikai lagi. Inilah yang dikatakan, jika ada pun munkin beratus tahun lagi sama umur sejak mula Amerika mengimpot pendatang dari Afrika hingga Obama menjadi Presiden mengambil masa lebih 300 tahun..

Perkara ini pula bukan setakat seorang dua yg bercita cita nak jadi pemerintah sahaja, tetapi hendaklah secara menyeluruh dimana pada ketika itu status'melayu,cina,india dll di Malaysia sudah tidak ujud perbezaan lagi. Tidak saperti sekarang perbezaan budaya dan agama terlalu nyata. Semua itu perlu kerana tanpa perubahan secara total mereka tidak akan diterima oleh rakyat anak jati dan Institusi raja raja di Malaysia untuk menjadikan mereka pemerintah.

Munkin mereka akan melihat Indonesia terlebih dahulu melakukan perubahan. Seorang bukan anak jati Indonesia bakal menjadi Presiden. Itupun entah berapa ratus tahun lagi, walhal rakyat bukan anak jati Indonesia sudah berubah menjadi truely Indonesian, sudah berbahasa Indonesia dan sudah lama tinggalkan bahasa ibundanya, cuma cuma sebahgiannya tidak menganut agama islam yang menjadikan tunggak bangsa Indonesia boleh menerima mereka menjadi pemimpin negara.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..