Aduh... org melayu sekarang mcm mana? cool..tak naik darah? atau simpan kemarahan...simpan...sampai akhirnya bagaimana? Sekira bahasa yang menghina itu masih diteruskan..bagaimana?Harap harap tiada lagi..semuga kita boleh hidup aman. Saya tidak bertanya perasaan kepimpinan melayu, tetapi saya dapat menterjemahkan dari tangkisan hujah dari kepimpinan kecil melayu dalam Parlimen amat menggerunkan.
segalanya berpunca dari gara gara gulungan muda yang melabelkan diri mere sebagai elit dan bijak mempengaruhi org yang tidak tahu apa apa untuk menerima pendapat mereka ke arah 'perubahan politik'. Gulungan inilah sebenarnya memainkan peranan keadaan negara menjadi gawat.
Pengundi mempercayai bulat bulat fitnah mereka kerana mereka kononnya datang dari menara gading atau lepasan dari menara gading-(soal lulus atau gagal bukan menjadi persoalan) pokoknya mereka ahli dari menara gading. Orang kampung pasti percaya fitnah mereka, yang akhirnya memakan diri sendiri.
Sistem pembahagian kawasan pilihan raya di Malaysia dinamakan 'kawasan parlimen' atau 'kawasan DUN' bagi negeri negeri. Setiap kawasan pilihanran terdapat pengundi pengundi yang terdiri dari perbagai bangsa atau kaum sama ada yang menjadi majoriti atau minoriti. Tetapi permainan politik sekarang bukan lagi terletak kepada majoti utk mendapat kemenangan. Malah ianya tergantung kepada kempen dan cara kempen yang menarik hati pengundi, pasti calun akan beroleh kemenangan.
Ambil satu contohnya: Katakan Kawasan A-Kawasan popular di Malaysia terdapat pengundi misalnya seramai 12,000 orang yang berdaftar. Pembahagian kekuatan suara majoriti, contohnya, Cina 60%, Melayu 30% India & lain lain 10% yangmana menjadi durian runtuh kepada MCA dan Gerakan untuk mendapat kemenangan kerana: mereka sebenarnya menikmati sekian lama mendapat undi melayu dan india utk mencapai kemenangan. Ini kerana undi cina walaupun majoriti 60% tetapi sudah berpecah kepada DAP dan lain lain parti cina, tidak mustahil mengundi PKR juga. Apabila pengundi melayu terpengaruh dgn fitnah gulungan muda yg mahu perubahan itu akhirnya pengundi melayu mengundi PKR atau PAS atau ada yg mengundi DAP, dan pengundi India dan lain lain mengundi PKR,DAP dll.
Inilah akibat kekalan calon calon komponan BN saperti MCA,Gerakan,PPP dll. Kenapa UMNO terselamat? Ya, kerana UMNO masih kukuh mendapat kepercayaan pengundi dari orang lama dan warga mas melayu khususnya kaum ibu yang yakin kepada UMNO daripada mempercayai PAS. Apatah lagi kawasan UMNO majoriti melayu dan minoritinya tidak memberi kesan untuk menyekat kemenangan calun UMNO.
Inilah akibat kekalan calon calon komponan BN saperti MCA,Gerakan,PPP dll. Kenapa UMNO terselamat? Ya, kerana UMNO masih kukuh mendapat kepercayaan pengundi dari orang lama dan warga mas melayu khususnya kaum ibu yang yakin kepada UMNO daripada mempercayai PAS. Apatah lagi kawasan UMNO majoriti melayu dan minoritinya tidak memberi kesan untuk menyekat kemenangan calun UMNO.
Bagi MIC pula kawasan yang mereka mengharap menjadi durian runtuh ialah kawasan yang majoritinya hampir sama, tetapi kawasan saperti ini tidaklah banyak, oleh itu UMNO merelakan kawasannya untuk dihadiahkan kepada MIC.
Mereka inilah yang membawa ahli ahli parlimen ke dalam dewan, ahli dewan ini ada yang celupar, yang degil, yang suka menonjol diri, dan yang suka sangat merajuk, sikit sikit merajuk dan keluar dewan..puuuhhhh!! weh mesyuarah per ni beb mcm tuuuuu.. buat penat org yang menghantar kalian ke dalam dewan..baik hantar ke kemah sarkas.
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..