Tuesday, November 25, 2008

Kecoh Di Parlimen

Tak habis dengan gangguan demi gangguan ahli ahli Parlimen semasa bersidang di Dewan Parlimen. Setiap hari ada sahaja krenah yang ditimbulkan oleh ahli ahli parlimen sama ada ia dilakukan oleh pehak pembangkang, ataupun oleh pehak penyokong kerajaan. "Sama-sama itu kapra punya dalam busar punya batu ada sangkut.

Malangnya setiap hari ada sahaja pemerhati yang datang dari kampung atau dari pedalaman Sabah Serawak melibat perkara yang belum mereka lihat sebelum ini. Malangnya mereka yang melakukan perbuatan yang semacam tidak siuman dalam dewan itu adalah terdiri dari mereka yang professional. Malangnya pelawat pelawat ini pasti kecewa dan menyesal datang membuang masa mereka.

No comments: