
Kebiasaannya pada hari minggu saya menulis perkara perkara ringan yang melibatkan aktiviti santai menyantai. Tetapi hari ini saya nak dedahkan satu peristiwa menggemparkan semua.
Dia (Gambar) bernama Azizan Ali, seorang warga emas.Sudah Berumur lebih 60 tahun. Seorang pesara jawatan Guru sekolah kebangsaan, Tetapi semangatnya amat kental. Dia memecah tradisi warga emas yang berjaya menyeberangi laut langkawi sejauh 52 kilometer secara solo.
Peristiwa ini berlaku pada 8 Ogos 2008 memulai renangannya dari Jetti Kuah Langkawi pada petang hari 5.20 petang tiba di Jetti LKIM di Kuala Perlis jam 8.20 pagi dengan selamat. Beliau berbuat demikian sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun.
Untuk menyemberangi laut yang penuh dengan bahaya dengan spesis spesis yang memakan orang saperti jerung dan keracunan obor obor amat mempesonakan sesiapa atas keberanian seorang yang sudah berumur saperti beliu. Tetapi beliau ralat dengan sikap acuh tak acuh media yang tidak begitu perihatin sebelum beliau melakukan renangan ini hingga beliau susah mendapat penajaan. Sebab itu beliau terpaksa menghabiskan wang poketnya sendiri demi tujuan murni itu.
Syabas Cikgu Azizan. Semuga cita cita anda tidak terhenti setakat ini sahaja. Semuga selat Inggeris anda akan taklukki. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..