Wednesday, November 5, 2008

Ibu Pertiwiku

Langit selalu biru Awan putih berarak laju menuju arah di mana ia ditolak angin. Namun sebentar sahaja menjadi gelap. Awan hujan menerpa menutup langit ..hingga hujan turun lebat sekali. Itulah negaraku, Malaysia.

Negara kaya dengan hasil bumi. Negara kaya dengan balak hutan tropika. Negara bebas dari gerak gempa dan ledakan gunung berapi. Malaysiaku oh negara yang ku cinta.

27 juta penghuni warga negara, tidak termasuk lebih dua juta pendatang yang mencari nafkah di negara ini. masing masing berlumba untuk mendapat habuan, walau dengan apa cara asal atas dasar yang halal.

Belum tentu semuanya sekata cara yang betul. Sebab itu ada sahaja kejadian rompak samun sana sini untuk mencari pendapatan cara jalan pintas. Cara yang tidak dilindungi undang undang. Cara yang bakal mengundang padah, sama ada di berkas polis atau ditimbak mati terbujur di tempat kejadian.

Tetapi suasana gawat sekarang bukan dari tragidi rompak samun itu. Yang gawat bertambah gawat ialah kerana gawatnya orang orang politik bermain politik dewasa ini. Tak kira ia politik perkauman atau politik bukan perkauman.

Malaysia yang dulunya sebuah negara aman dan damai serta perpaduan yang cukup kuat, tetapi sekarang sudah menjadi negara yang longgar dari segi persefahaman kaum yang zaman sebelum ini dipegang kuat oleh gulungan warga mas.

Tetapi sekarang gulungan warga mas sudah tidak kuat lagi dari segi ketahanan berfilasafahnya. Orang muda sudah mula tunjuk belang bahwa kononnya mereka lebih arif tentang permainan politik untuk nak jadi pemerintah. Tetapi mereka rakus. Mereka cuba menggadai ketenangan hidup dengan harga yang murah semata mata untuk memerintah negara. Ini yang membuat keadaan gawat.

Setakat ini dulu...

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..