Wednesday, November 12, 2008

Bercelarukah Persidangan Parlimen?

Saya amat gemar mengikuti persidangan dalam parlimen secara lansung dari RTM. Memamng patut RTM mendapat merit dgn keberaniannya menyiarkan secara lansung persidangan dalam parliment walaupun setengah jam sahaja, itupun sudah memadai.

Ketika saya menonton persidangan itu selalu isteri saya menegur tingkah laku saya dan kadang kadang dia (isteri saya) ketawa terbahak bahak melihat saya. Apa taknya, saya sendiri dah jadi lebih dari ahli parlimen sendiri. Siap dengan bertempik, bersorak dan kadang kadang ketawa macam org gila. Mana isteri tak ketawa...!

Saya rasa lawak yang paling lawak dlm dunia hari ini bila kita menonton persidangan parlimen. Kita boleh menilai diri seseorang dan sikap yang berada dalam diri seseorang melalui kejantinaan mereka.

Saya lihat yang perempuannya lebih degil dari lelaki. Bukan sahaja degil malah tetuang dan vokal mereka yang halus itu lebih menjadi nyaring dan lantang sekali. Mereka yang berkulit gelap dengan putih kuning dalam barisan 'teringin memerintah' lebih menonjol dengan soalan soalan memprovokatifkan pihak 'barisan yg sedang memerintah', lebih lebih yang berkulit sawa matang cepat naik hangin, maka berhanginlah seluruh suasana dewan membuatkan Yang DiPertua Dewan kadang kadang mcm tumpang sekaki turut melatah.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..