Kanak kanak hidup terancam..
Dalam suasana aman, kanak kanak riang ria bermain dan bermandi manda. Kanak kanak tidak kenal kesusahan, tidak mengerti kepayahan, kerana mereka yakin dengan kebertanggung jawaban penjaga-penjaga mereka memberi perlindungan.
Apakah kepercayaan kanak kanak ini dipegang kuat amanah sebenarnya oleh manusia manusia yang melabelkan diri mereka sebagai penjaga, ibu bapa atau pemimpin? Ini yang menjadi tanda tanya.
Ada pemimpin yang menggunakan kanak nanak untuk meloloskan peraturan dan undang undang untuk tujuan mereka tercapai. Ada yang berkelek atau berdokong kanak kanak untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Ada yang menggunakan kanak kanak untuk mengundang simpati pemberi sedekah jalanan.
Tak kurang pula mereka melibatkan kanak kanak untuk menjadi mangsa culikan dan rogol. Banyak lagi kerjadian kejadian yang melibatkan kanak kanak menjadi terbiar dijalanan, di jalan jalan belakang yang gelap tempat sarang manusia melakukan maksiat terkutuk.
Sekarang, nampaknya keselamatan kanak kanak dinegara kita sudah menjadi isu untuk diberi perhatian yang bersungguh sungguh. Mula dari pintu rumah pada waktu pagi (subuh) kanak kanak sudah keluar rumah untuk ke sekolah. Ada yang menaikki Bus, Ada yang tumpangi rakan, ada yang di hantar oleh penjaga dan tak kurang yang berjalan kaki. Apatah lagi yang tinggal jauh di pedalaman.
Apa cara sekali pun mereka keluar ke sekolah yang pasti mereka sedang dalam rencah perangkap penjenayah. Waktu gelap gelita mereka bersendirian, yakni diluar jagaan ibu bapa, pasti ada yang mengintai untuk menjadikan kanak kanak itu mangsa mereka.
Sekian dulu..
No comments:
Post a Comment
MANUSIA MENULIS, TULISLAH BUALAN HARMONI/PEOPLE WRITES,WRITE AS GOOD AS YOU SAY..